Buku Menyingkap Tirai Syukur Suatu Permulaan
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...
Alhamdulillah syukur dengan izin Yang Maha Kuasa dapat juga saya hasilkan sebuah buku yang bertajuk Menyingkap Tirai Syukur.
Buku Menyingkap Tirai Syukur Suatu Permulaan
Ini merupakan buku sulung saya terbitan Must Read Sdn. Bhd. Buku ini terbit bulan April tahun 2012. Saya mengharapkan selepas ini Allah SWT mengizinkan saya mengarang lebih banyak lagi buku-buku yang bermanfaat buat diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.
Buku ini cuba membawa pengertian tentang syukur secara mudah dan santai. Serba sedikit sinopsis tentang buku ini adalah seperti berikut:
Bersyukur merupakan perbuatan yang dituntut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Malahan, seluruh makhluk menyenangi orang yang mempunyai sifat mulia ini.Lantaran itu, timbul dalam jiwa untuk mengamalkan perbuatan ini dalam kehidupan kita. Namun begitu, bagi kita yang masih kurang mengenali secara dekat apa itu syukur. Mungkin tertanya-tanya beberapa soalan seperti di bawah ini:· Apakah yang dimaksudkan dengan syukur?· Kenapa kita perlu bersyukur?· Apakah kesannya jika kita tidak bersyukur?· Bagaimana membentuk diri supaya bersyukur?· Adakah contoh kisah-kisah orang yang gemar bersyukur?· Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur?Insya-Allah, segala persoalan-persoalan di atas bakal dijawab dalam buku yang ringkas ini. Semoga Allah SWT meletakkan kita dalam golongan orang yang bersyukur.
Terima kasih kepada adinda saya Saljuhumairah yang pernah membuat ulasan tentang buku ini. Sungguh menyentuh hati ulasan beliau.
Mari sertai facebook Menyingkap Tirai Syukur di sini. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini bolehlah terus ke kedai buku berhampiran atau membelinya daripada saya sendiri. SMS nombor telefon saya 012-4603666.
0 comments:
Post a Comment