Pengenalan Diri
Assalamuaikukm WBT
Tiada tafsiran yang mendalam dapat saya fikirkan. Saya memilih nama ini kerana bagi saya Musafir bermaksud perjalanan hidup dan Suci merupakan kebersihan.
Setiap diri kita di atas dunia ini adalah umpama musafir kerana kita sentiasa bergerak. Sebelum ke alam dunia kita berada di alam ruh kemudian kita melangkah ke alam rahim. Setelah cukup tempoh, kita tempuh pula alam dunia.
Semoga perjalanan hidup yang kita tempuh di dunia ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang berlandaskan syariat Allah SWT.
Entah bila detiknya nanti kita bakal menempuh alam barzakh. Selanjutkan kita akan menuju alam yang akhir iaitu Hari Akhirat. Waalahualam...
Saya bukan orang alim bertaraf ustaz apatah lagi ulama yang mampu menjelaskan masalah agama secara mendalam.
Namun, menerusi blog ini saya harap dapat berkongsi sesuatu yang boleh memberi manfaat terhadap diri saya, keluarga dan masyarakat.
Apa yang saya kongsikan dalam blog ini merupakan pendapat dan susunan yang dirujuk dari sumber-sumber seperti buku, kuliah dan sebagainya. Seandainya ada kesilapan mohon teguran membina daripada anda semua.
Alhamdulillah syukur kerana Allah mengizinkan saya menulis dan berkongsi di blog Musafir Suci ini. Sebelum saya meneruskan pengisian di blog ini molek rasanya saya perkenalkan serba sedikit tentang diri.
Pengenalan Diri
Nama Saya Faizal Bin Mohamad Twon Tawi. Dilahirkan di Changkat Jering Perak dan dibesarkan di Kampung Permatang Pasih, Gunung Semanggol.
Setelah mendapat keputusan SPM saya meneruskan pengajian di peringkat Pra Sains iaitu di UiTM Jengka Pahang. Alhamdulillah, kemudian saya diterima untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik yang juga saya jalani menerusi sistem pengajian UiTM.
Kemudian daripada itu saya ditawarkan untuk ke Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di UiTM Shah Alam. Pengajian formal ini tidak terhenti setakat itu sahaja kerana setelah tamat saya diberi peluang melangkah ke peringkat Sarjana iaitu di UTHM dalam bidang Pendidikan Teknikal.
Kini, saya telah pun bekerja sebagai seorang juru ajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dalam bidang Kejuruteraan Elekterik.

Nama Blog
Alhamdulillah, salah satu kegemaran saya adalah menulis. Dahulunya kita hanya boleh menulis di atas kertas, tetapi kini kita bebas menulis di dalam blog.
Sebelum ini saya telah menguruskan beberapa blog iaitu Rahsia Rezeki dan Nota Mengajar Belajar. Tiba-tiba datang ilham untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah yang lebih fokus kepada keagamaan.
Jadi, saya pun hasilkan sebuah blog lagi. Sekian lama saya memikirkan apakah nama yang sesuai untuk blog baharu yang baru saya bina ini. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memberi nama Musafir Suci.
Sebelum ini saya telah menguruskan beberapa blog iaitu Rahsia Rezeki dan Nota Mengajar Belajar. Tiba-tiba datang ilham untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah yang lebih fokus kepada keagamaan.
Jadi, saya pun hasilkan sebuah blog lagi. Sekian lama saya memikirkan apakah nama yang sesuai untuk blog baharu yang baru saya bina ini. Akhirnya saya membuat keputusan untuk memberi nama Musafir Suci.
Tiada tafsiran yang mendalam dapat saya fikirkan. Saya memilih nama ini kerana bagi saya Musafir bermaksud perjalanan hidup dan Suci merupakan kebersihan.
Setiap diri kita di atas dunia ini adalah umpama musafir kerana kita sentiasa bergerak. Sebelum ke alam dunia kita berada di alam ruh kemudian kita melangkah ke alam rahim. Setelah cukup tempoh, kita tempuh pula alam dunia.
Semoga perjalanan hidup yang kita tempuh di dunia ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang berlandaskan syariat Allah SWT.
Entah bila detiknya nanti kita bakal menempuh alam barzakh. Selanjutkan kita akan menuju alam yang akhir iaitu Hari Akhirat. Waalahualam...
Harapan
Proses menuntut ilmu tetap berjalan sehinggalah nafas kita terhenti. Oleh itu, marilah kita jadikan amalan menuntut ilmu sebagai rutin harian.
Menuntut ilmu bukan tujuan hidup tetapi salah satu jalan untuk kita menuju Allah. Untuk itu, saya mohon kepada Allah SWT agar diberi ruang untuk terus menuntut ilmu sentiasa kenal dan ingatkan kepadaNya.
Menuntut ilmu bukan tujuan hidup tetapi salah satu jalan untuk kita menuju Allah. Untuk itu, saya mohon kepada Allah SWT agar diberi ruang untuk terus menuntut ilmu sentiasa kenal dan ingatkan kepadaNya.
Saya bukan orang alim bertaraf ustaz apatah lagi ulama yang mampu menjelaskan masalah agama secara mendalam.
Namun, menerusi blog ini saya harap dapat berkongsi sesuatu yang boleh memberi manfaat terhadap diri saya, keluarga dan masyarakat.
Apa yang saya kongsikan dalam blog ini merupakan pendapat dan susunan yang dirujuk dari sumber-sumber seperti buku, kuliah dan sebagainya. Seandainya ada kesilapan mohon teguran membina daripada anda semua.
Wallahualam.
Salam.
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati...
Delete