Information

Perkongsian dalam blog ini adalah berdasarkan rujukan buku, kitab atau kuliah pengajian untuk manfaat bersama.

5 Cara Mengubat Hati Rohani

Assalamualaikum WBT

Para alim ulama menyatakan bahawa hati merupakan raja kepada setiap diri seseorang. Hati yang dimaksudkan adalah hati rohani bukannya hati jasmani.


Hati jasmani adalah hati fizikal yang kita boleh lihat. Ia merupakan segumpal darah yang terletak di dalam dada kita. Manakala hati rohani pula hati yang kita tidak dapat melihat secara zahir. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Sebagai manusia yang bersifat baharu iaitu tidak kekal adakalanya kita akan diuji oleh Allah SWT dengan penyakit hati. Bagi hati jasmani, kita mungkin boleh mengubatinya dengan mengambil ubat dan berjumpa dengan doktor perubatan.

Sifat bagi hati rohani juga boleh digambarkan seperti hati jasmani di mana ada ketikanya dia akan sakit. Namun begitu, bagi hati rohani bagaimana cara untuk mengubatinya sekiranya ia sakit?

5 Cara Mengubat Hati Rohani

Hari ini saya ini membuat sedikit perkongsian bagaimana 5 Cara Mengubat Hati Rohani. Kaedah ini sebenarnya telah lama diperkenalkan dan diamalkan oleh ulama.

5 Cara Mengubat Hati Rohani yang dimaksudkan adalah seperti di bawah ini:

  • Amalkan membaca Al-Quran dan maknanya

Al-Quran yang dibaca seharusnya kita fahami apa maksud ayat-ayat tersebut. Ini bertujuan menzahirkan penghayatan, keinsafan dan kesedaran. 

  • Biasakan bersolat di malam hari

Suatu amalan yang cukup mencabar bagi diri kita adalah mendirikan solat di malam hari. Di saat itu, manusia sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Suatu amalan yang sukar dilakukan tetapi kita berjaya laksanakan, In Sha Allah hikmahnya akan tersingkap dengan izin Allah SWT. Salah satunya doa kita dimakbulkan Allah. Hati kita juga akan menjadi tenang.

  • Berkumpullah dengan orang soleh

Untuk menjadi orang yang baik, kita perlu memilih orang-orang yang baik. Untuk menjaga hati juga perlukan kita bergaul dengan orang- orang soleh. Cara mudah untuk bergaul dengan orang soleh adalah dengan melazimkan diri kita untuk hadir ke solat berjemaah di masjid dan mengikuti majlis-majlis ilmu.

  • Banyakkan berpuasa

Selain berpuasa wajib di bulan Ramadhan, kita juga digalakkan berpuasa sunatkan. Umpamanya, puasa pada hari isnin dan khamis, puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, puasa sunat di bulan-bulan hijrah yang lain.

  • Zikir di malam hari

Apabila kita terjaga di tengah malam, ini merupakan suatu anugerah Allah SWT. Allah SWT ingin memberikan kita nikmat yang cukup besar iaitu mengadu dan bermunajat kepadaNya. Seelok-eloknya kita dirikan solat. Sekiranya tidak mampu kita boleh berzikir. Namun, jika kita dapat menggabungkan solat malam dan zikir lebih baik lagi.
Semoga Allah SWT menjaga hati kita.

0 comments:

Post a Comment